Powered by Blogger.

Sunday, May 13, 2018

Tag:

Sains jelaskan mengapa lelaki suka bermanja dan jadi 'baby' bila sakit

Pasti ramai para isteri setuju bila kita kata yang lelaki manja ketika sakit. Mereka ala-ala baby besar ketika ini. Mengapa ia terjadi? Sains ada menjelaskan.


Lelaki manja ketika sakit – rasanya, ada ramai para isteri yang bersetuju dengan perkara ini.
Bila lelaki jatuh sakit, mereka secara bertukar menjadi lelaki yang sensitif, suka mengadu, bermanja – ala-ala "baby". Baby tua? :P
Yang menariknya, hal ini sangat biasa dilihat sehinggakan di negara Barat, mereka menggelarkan penyakit selesema yang dihidapi oleh orang lelaki sebagai "man flu".

Lelaki manja ketika sakit dan bila terkena man flu

Ia adalah situasi di mana seorang lelaki terkena demam selesema dan akan memperbesarkan rasa tidak sihat mereka.
Malah, ada satu kajian yang telah dibuat untuk melihat mengapa lelaki manja ketika sakit. Mereka tidak akan melakukan satu kerja pun dan hanya terbaring dan mahu dijaga seeloknya.
Sehinggakan apabila kita menjaga mereka ketika tidak sihat, ia saling tak tumpah seperti menjaga seorang anak kecil.
Seorang saintis dari Kanada, Kyle Sue, dari Memorial University of Newfoundland berkata kajian tentang man flu adalah sesuatu yang peribadi.
Saya penat asyik dituduh sebagai suka membesar-besarkan rasa sakit. Saya pun mencari bukti yang ada untuk menunjukkan yang kaum lelaki memang mengalami simptom lebih teruk berbanding wanita apabila sakit.

1. Lelaki manja ketika sakit kerana tindak balas imun mereka adalah lebih lemah

Dalam laporan kajiannya yang disiarkan dalam BMJ, ia menulis orang lelaki bukanlah memperbesarkan rasa sakit mereka.
Tetapi, mereka sememangnya mempunyai tindak balas imun yang lebih lemah terhadap virus respiratori yang menyebabkan mereka sakit dan demam selesema.
Untuk membuktikan perkara ini, Sue mendapati satu kajian lagi yang membuktikan lelaki memang mempunyai risiko tinggi untuk dimasukkan ke dalam hospital apabila mereka jatuh sakit.
Malah, kadar kematian kerana influenza juga adalah lebih tinggi untuk lelaki berbanding wanita.
lelaki manja ketika sakit isteri jaga


2. Lelaki manja ketika sakit kerana badan mereka kurang responsif kepada vaksin berbanding wanita

Lagi satu sebab mengapa lelaki manja ketika sakit adalah disebabkan badan mereka sebenarnya mudah lemah apabila sakit jika dibandingkan dengan kaum wanita.
Kyle Sue turut menemui satu laporan kajian yang menunjukkan bagaimana wanita lebih responsif kepada vaksinasi berbanding orang lelaki.
Malah, dalam kes penyakit respiratori yang serius, mereka lebih mudah terdedah kepada komplikasi dan mempunyai kadar kematian yang tinggi!
Tambah Sue lagi, sikap suka bermanja lelaki ketika sakit juga disumbangkan oleh para doktor yang sering mengambil ringan simptom penyakit yang dialami oleh orang lelaki.
Umpama, tidak cukup kasih sayang – alkisahnya...
lelaki manja ketika sakit sains

3. Lelaki manja ketika sakit kerana ia sebahagian daripada cara survival mereka



Tidak cukup dengan bukti sains daripada segi perubatan, Kyle Sue turut mengorek rahsia di sebalik kemanjaan lelaki ketika mereka tidak sihat.
Dia menerangkan ada banyak kajian yang membuktikan lelaki suka memperbesarkan rasa sakit mereka dan hanya duduk berehat (sambil bermanja) kerana ia adalah satu cara mereka untuk survive daripada pemangsa.

Ia menggalakkan penyimpanan tenaga dan mengurangkan risiko daripada terdedah kepada pemangsa (zaman dulu).
Dengan nada sarkastik, Kyle berkata:
Antara cara penyimpanan tenaga yang paling klasik adalah berbaring di katil, berehat di sofa, meminta bantuan isteri untuk menguruskan diri, dan ini semua membantu mereka mengelakkan diri daripada "pemangsa".
Hmmm..siapa agaknya pemangsa yang dimaksudkan ketika zaman moden begini? Adakah ia merujuk kepada para isteri?

Lelaki memang suka bermanja apabila tidak sihat

Dengan melihat fakta di atas, bolehlah kita fahami mengapa sebenarnya encik suami kita sangat ala-ala baby apabila mereka sakit.
Sistem badan mereka sememangnya berfungsi dengan cara berbeza, tidak seperti orang perempuan.
Maka ibu sekalian, marilah bertabah dan terus melayan mereka dengan penuh manja apabila mereka tidak sihat.
Moga-moga cepat hilang selesema, kebah demam, dan boleh membantu kita semula dalam segala urusan rumah tangga dan anak-anak.
Kalau kita mahu encik abang kita segera sembuh, kita juga boleh ikut saranan saintis ini, Kyle Sue.
"Mungkin, inilah masanya untuk kita mencipta sebuah ruang yang lengkap dengan TV besar dan kerusi sofa empuk yang boleh dibaringkan yang boleh menjadi tempat khas untuk kaum lelaki menjalani proses pemulihan dalam keadaan selamat dan selesa."

credit :  artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
**********************************************END****************************************


CLICK GAMBAR UNTUK TAMBAH SIZE ANDA

About joker

Hi, My Name is Hafeez. I am a webdesigner, blogspot developer and UI designer. I am a certified Themeforest top contributor and popular at JavaScript engineers. We have a team of professinal programmers, developers work together and make unique blogger templates.

0 comments:

Post a Comment

 

BTemplates.com