Phone sex untuk pasangan jarak jauh (LDR)
Bagi pasangan suami isteri yang berjauhan atas faktor kerja atau sebagainya, anda pasti kadang-kala amat merindui pasangan, kan? Phone sex adalah salah satu jalan penyelesaian untuk masalah ini.
Phone sex mampu memuaskan hasrat anda untuk “bermanja” dengan pasangan yang berjauhan, sama ada kerana suami/isteri ke luar bandar untuk bekerja atau sebagainya.
Tapi phone sex juga boleh dibuat untuk menambah variasi dalam hubungan. Ia mampu membuatkan hubungan kalian lebih mesra.
Jangan ingat hanya kerana anda dan pasangan sudah duduk satu rumah, kalian tak boleh melakukan phone sex. Ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada foreplayuntuk memanaskan aksi.
Jadi, bagaimana nak memulakan perbualan panas ini dengan pasangan? Jom lihat panduan yang telah kami sediakan ini.
1. Tentukan bila anda mahu buat “panggilan panas”
Untuk pasangan yang baru pertama kali mencuba, phone sex tidak boleh dilakukan secara mendadak. Anda kena rancang dulu bila masa yang sesuai.
Contohnya seperti:
- Bila kalian free? Pilih waktu yang anda dan pasangan tak sibuk dengan kerja.
- Pastikan juga anda dan pasangan duduk di tempat yang selesa seperti di sofa atau di atas katil
- Sebelum memulakan “panggilan panas” ini, bincang apa yang kalian suka dan tak suka sebut. Jangan tersebut benda yang pasangan tak suka pula!
2. Persiapan untuk memanaskan badan
Sebelum mula merangsang pasangan melalui panggilan telefon, pastikan diri anda sudah santai dan memasuki mood untuk bermesra dengan pasangan (walaupun kalian berjauhan).
Buat diri anda rasa seksi, contohnya seperti:
- Baring di katil, menyanyi atau menari-nari di hadapan cermin. Buat apa saja yang mampu “melegakan” ketegangan badan.
- Cipta suasana yang romantik seakan anda bakal melakukan seks seperti memalapkan lampu tidur, mengemas katil, memasang muzik lembut, mandi dan fikir imaginasi nakal.
- Anda juga boleh pakai pakaian tidur yang seksi dan tangkap gambar untuk diberi pada suami. Dia pasti menyukainya!
- Jika anda masih tidak mencapai mood yang diingini, cuba belai diri sendiri sambil membayangkan pasangan anda. Bayangkan kalian sedang berintiman dalam gaya yang anda suka.
3. Memulakan panggilan phone sex
Ketika anda dan pasangan sudah bersedia, cuba sembang selama beberapa minit untuk membantu kalian berdua lebih rileks. Tapi jangan lupa tujuan asal panggilan telefon itu!
Buat suara manja atau nada suara yang lembut disertakan dengan deruan nafas yang berat dan tersekat-sekat untuk mencetuskan mood seksi.
Selepas panggilan itu seakan-akan “makin panas”, cuba berbicara tentang hal-hal seksi yang mampu menaikkan syahwat pasangan, seperti:
- Bagaimana kali terakhir kalian berasmara
- Bahagian tubuh pasangan yang paling anda suka sentuh
- Ungkapkan kata-kata cinta tentang betapa anda merinduinya
- Apa yang ingin dilakukan anda jika si dia ada di sisi anda sekarang
- Baju apa yang anda pakai sekarang (beritahu betapa seksi baju itu)
- Apa yang anda sedang buat dan rasa sekarang
- Tanya pasangan apa yang dia nak buat pada anda…
4. Tingkatkan ghairah pasangan dengan ungkapan seksi
Selepas keadaan semakin panas dan ghairah pasangan semakin meningkat, cuba cakap perkara ini pula untuk lebih mengghairahkan pasangan:
- Apa yang anda sedang buat – beritahu pasangan apa yang anda sedang sentuh sekarang.
- Tanya dia, apa yang dia mahu anda buka dulu – bra atau seluar dalam anda
- Katakan padanya apa yang anda mahu dia lakukan pada tubuh anda
- Sentuh organ intim anda sambil mendesah atau mengerang dengan suara seksi agar suami makin terangsang.
- Beritahu suami jika anda mahu dia melakukan atau menyatakan sesuatu yang anda suka. Jangan takut!
5. Masturbasi atau mencapai klimaks (pilihan)
Biasanya, phone sex akan diiringi dengan masturbasi sehingga anda atau pasangan mencapai klimaks.
Tapi, anda juga boleh memilih untuk tidak melakukan masturbasi. Ikut saja mood yang anda rasa.
Jika anda mahu mencapai klimaks, cuba ajak pasangan untuk turut serta. Tapi, ia tak boleh dipaksa.
Jika pasangan gagal untuk mencapai klimaks, cuba lagi sehingga mereka mencapai kepuasan yang diingini.
Jangan mendiamkan diri bila anda sudah “selesai”. Bantu pasangan untuk menyelesaikan keinginannya juga.
Namun, kalau anda dan pasangan tidak mencapai orgasme daripada phone sex ini pun tak apa. Cukuplah sesi panas ini mengingatkan anda pada pasangan.
Nanti pasti anda tak sabar nak tunggu dia pulang, kan?
Jangan lupa untuk menghantar gambar seksi pada pasangan untuk memancing perhatian mereka. Pasti mereka akan merindui anda dan tak sabar nak balik rumah nanti!
Ha… macam mana ibu bapa semua? Ada yang sudi cuba phone sex malam ini? Semoga berjaya!
Sumber rujukan: Wikihow
*******************************************************************************************About joker
Hi, My Name is Hafeez. I am a webdesigner, blogspot developer and UI designer. I am a certified Themeforest top contributor and popular at JavaScript engineers. We have a team of professinal programmers, developers work together and make unique blogger templates.
0 comments:
Post a Comment