Ramai suami yang mengadu, hubungan intim mereka dengan pasangan semakin “kureng” selepas ada anak. Malah, ada juga isteri yang lebih terbuka berkongsi mengatakan “bila suami nak, aku kangkang saja”.
Pernahkah anda tertanya-tanya, kenapa lepas ada anak, isteri seakan-akan malas nak berhubungan intim, ataupun tidak “seketat” dahulu?
Hakikatnya… ada sebab kenapa isteri jadi begitu! Ia kerana suami tidak tahu cara memuaskan isteri, lalu membuatkan isteri “malas nak layan” kerenah suami.
Mana tidaknya, aksi baru bermula 5 minit, suami pun cepat tewas! Malah, satu lagi fakta yang anda tidak tahu adalah vagina mempunyai kuasa merenggang, malah juga mengemut.
Kemutan dari isteri yang terangsang jauh lebih hebat daripada anak dara. Jadi tiada istilah vagina isteri “longgar” hingga hubungan intim kalian tidak lagi menyeronokkan. Kuncinya di sini adalah cara merangsang isteri dengan betul.
Ha… tapi jangan risau wahai suami! Hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan memudahkan kerja anda untuk belajar cara merangsang isteri dengan betul, hanya melalui langkah demi langkah ini.
Selamat mencuba malam nanti!
Cara Memuaskan Isteri Dengan Betul, Cuba Buat 7 Langkah Ini
#1 Tusukan pertama tanpa dayungan
Setelah pasangan anda sudah bersedia menerima penetrasi(tusukan dari zakar), masukkan zakar anda perlahan-lahan ke dalam faraj. Jangan terus mendayung!
Sebaliknya, cuba terus masukkan zakar hingga ke pangkal faraj, dan berhenti di situ tanpa pergerakan. Cuba selama seminit dua. Kenapa kena berhenti?
Ia untuk “merendam” zakar anda lebih lama dalam faraj. Pelincir semula jadi dalam faraj bersifat asid. Tetapi, kulit kepala zakar tidak sama seperti jari. Ia tidak akan terkesan dengan asid.
Maka, lebih lama anda “berendam” dalam faraj, lebih lama anda akan bertahan sepanjang permainan!
Cara memuaskan isteri #2 Dayungan perlahan-lahan, jangan “overdrive”
Kemudian, barulah mulakan dayungan perlahan-lahan. Cukuplah sebanyak tiga atau empat kali dalam seminit sahaja. Bisikkan kata-kata romantik ke telinga pasangan.
Ciumnya dengan penuh sensasi di leher, ketiak, puting payudara dan sebagainya.
Akan tetapi hati-hati! Alihkan fikiran anda ketika ini. Biar zakar berhenti seketika dan dalam mood “berendam” sebelum anda melakukan tusukan seterusnya.
Semasa ingin melakukan stroke, guna gear secara teratur. Jangan terus ke overdrive! Dalam masa yang sama, fikirkan benda lain, dan jangan dengar desahan manja pasangan.
#3 Setiap kali anda rasa geli, HENTIKAN dayungan!
Setiap kali anda rasa geli, hentikan serta-merta dayungan, dan rendam lagi. Anda juga boleh mengeluarkan zakar sebentar sebelum memasukkannya semula.
Lihat tanda-tanda jika isteri sudah terangsang atau tidak. Jangan fikirkan kepuasan anda saja, ya!
Cara memuaskan isteri #4 Pastikan isteri terangsang
Semasa anda menghentikan dayungan, cuba beri isteri cumbuan manja di sekitar kawasan sensitif. Gunakan kuasa lidah dan tangan anda untuk melakukan seks oral mahupun fingeringpada pasangan.
#5 G-spot
Jika anda inginkan sesuatu yang berlainan, cuba beri kenikmatan di kawasan G-spot isteri. Bagaimana nak buat G-spot? Baca caranya dalam artikel ini. Mudah saja pun!
Cara memuaskan isteri #6 Mulakan dayungan semula
Setelah “pause” sebentar tadi, kini anda boleh memulakan dayungan semula. Ulang cara sama seperti di atas di mana perlahan-lahan mendayung sambil menikmati cengkaman faraj.
Tukar gear, tukar gear! Tapi perlu diingatkan, cengkaman ketika klimaks pertama tadi lebih dahsyat dari sekarang. Jadi, ulang langkah yang sama selama mana anda mahu.
Perlu diingatkan, Rome tidak dibina dalam masa sehari. Begitu juga cara memuaskan isteri ini. Anda kena cuba dahulu, baru anda tahu bagaimana permainannya!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan rumah tangga. Selamat mencuba!